Siasatan kes dadah penyanyi popular Kelantan, lima rakan hampir selesai – Polis Thailand - Utusan Malaysia

Siasatan kes dadah penyanyi popular Kelantan, lima rakan hampir selesai – Polis Thailand

JADSADAVIT Inprapan
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUNGAI GOLOK, THAILAND: Polis Thailand mengesahkan siasatan melibatkan enam rakyat Malaysia termasuk penyanyi wanita popular dari Kelantan yang ditahan bersama 6,000 biji pil kuda di sebuah hotel di sini hampir selesai.

Ketua Polis Daerah Sungai Golok, Kolonel Polis Jadsadavit Inprapan berkata, ketika ini pihaknya sedang menunggu bukti cap jari milik keenam-enam suspek dan jenis kan­dungan dadah yang terdapat di dalam badan mereka menerusi ujian urin.

Menurutnya, pemeriksaan cap jari itu untuk melihat samaada kesemua suspek, pernah melakukan kesalahan atau tidak di Thailand.

“Ujian urin itu dibuat bagi mengetahui sama ada mereka positif dadah atau sebaliknya dan jenis kandungan bahan terlarang yang terdapat di dalam badan.

“Apabila semuanya selesai, kami (polis) akan membuat ke­simpulan (laporan penuh) dan menyerahkan kepada pihak pendakwa raya secepat mungkin.

“Sepanjang proses siasatan, semua suspek memberikan kerjasama baik,” katanya ketika ditemui pemberita di sini semalam.

Jadsadavit memberitahu, pada masa sama kerajaan Thailand menawarkan khidmat guaman kepada semua suspek terlibat termasuk penterjemahan bahasa untuk proses membela diri.

Bagaimanapun katanya semua itu terpulang kepada suspek untuk menerima perkhid­matan disediakan atau sebaliknya me­ngupah peguam lain bagi melawan kes terbabit.

“Buat masa sekarang kami belum dimaklumkan lagi mereka mahu menggunakan peguam atau tidak, kes ini masih lagi dalam siasatan kami,” ujarnya.

Jadsadavit berkata, siasatan akan dijalankan dengan telus dan teliti agar keputusan terbaik dapat diputuskan mengikut undang-undang ditetapkan.

Utusan Malaysia sebelum ini melaporkan, penyanyi wanita yang popular Kelantan ditahan polis Thailand bagi membantu siasatan berkaitan rampasan 6,000 biji pil kuda dalam serbuan di sebuah hotel di Golok, Thailand.

Kesemua mereka di reman 84 hari atau hampir tiga bulan bagi membantu siasatan berhubung kes tersebut.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN