Penantian 60 tahun berakhir, Jalan Buayan-Terian dinaik taraf - Utusan Malaysia

Penantian 60 tahun berakhir, Jalan Buayan-Terian dinaik taraf

JALAN tanah merah menuju ke Kampung Buayan, Penampang yang hanya boleh diakses oleh kenderaan pacuan empat roda.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PENAMPANG: Penantian selama 60 tahun penduduk Kampung Buayan-Terian dan kawasan sekitarnya bagi mendapatkan jalan yang lebih sempurna berakhir apabila jalan tanah merah ke kampung mereka mula dinaik taraf.

Kawasan yang hanya boleh diakses menggunakan ken­deraan pacuan empat roda itu menyebabkan sebahagian daripada penduduk terpaksa berjalan kaki lapan jam untuk keluar ke Pekan Donggongon.

Malah, ada pelajar tidak ke sekolah apabila kenderaan pacuan empat roda dinaiki rosak dalam perjalanan keluar dari Kampung Buayan menuju ke sekolah di pekan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ahli Parlimen Penampang, Datuk Ewon Benedick berkata, pelantikan kontraktor dibuat pada bulan April tahun ini dan pemantauan perkembangan projek, dilakukan setiap bulan.

“Saya akan terus memantau semua pelaksanaan projek yang melibatkan dana kerajaan dalam kawasan Parlimen Penampang termasuk Jalan Terian-Buayan ini.

“Ia dibincang secara tetap sebulan sekali dalam Jawatankuasa Tindakan Pembangunan Daerah yang saya hadiri dan dipengerusikan oleh Presiden Majlis Perbandaran, Francis Chong,” katanya.

Menyentuh tentang kerja-kerja menaik taraf Tamu Donggongon, beliau berkata, projek menaik taraf tapak tamu yang bernilai RM8.5 juta itu sedang dalam proses perolehan sebelum lantikan kontraktor dapat dibuat.

Projek menaik taraf Tamu Donggongon itu, tertangguh enam tahun sejak kelulusan diumumkan oleh bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 2018.
Ewon yang juga Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi berkata, penaiktarafan tapak tamu itu akan memberi manfaat kepada 434 penjaja dan peniaga kecil.

“Susulan itu, Majlis Perbandaran memutuskan untuk memindahkan sementara peniaga-peniaga di tamu ber­kenaan bagi membolehkan kerja-kerja menaik taraf dilakukan agar mereka menikmati kemudahan yang lebih selesa pada masa akan datang.

“Selaku Ahli Parlimen Penampang, saya memenuhi permintaan mereka untuk dibekalkan kanopi bagi setiap peniaga. Mudah-mudahan ini dapat memberi manfaat kepada mereka untuk meneruskan aktiviti perniagaan pada hari-hari biasa atau pada hujung ming­gu,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini