Lorong tikus penyeludup dadah Sungai Golok dikenal pasti - Utusan Malaysia

Lorong tikus penyeludup dadah Sungai Golok dikenal pasti

KHAW KOK CHIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Polis mengenal pasti lorong tikus atau laluan yang digunakan sindiket pengedaran dadah untuk menyeludup dadah antara Malaysia dan negara jiran di Sungai Golok, Kelantan.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Seri Khaw Kok Chin berkata, pihaknya akan membanteras habis-habisan pengedaran bahan terlarang itu dengan pengesanan kesemua lorong serta laluan ini.

“Saya mengarahkan JSJN Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan bekerjasama dengan Pasukan Gerakan Am (PGA) serta agensi keselamatan berkaitan supaya isu penyeludupan dadah ditangani secara berkesan.

“Kerjasama ini turut berfokus kepada pengawalan sempadan Malaysia (di Kelantan) dan mengenal pasti lorong tikus serta kawasan yang menjadi tum­puan (hot spot) kegiatan penyeludupan dadah,” katanya pada sidang akhbar di IPK Selangor, semalam.

Jelasnya, Polis Diraja Malaysia (PDRM) turut bekerjasama dengan pihak berkuasa Thailand bagi mengesan dan mena­ngani penyeludupan dadah dari kedua-dua negara.

Utusan Malaysia sebelum ini melaporkan enam rakyat Malaysia termasuk seorang penyanyi popular dari Kelantan ditahan polis Thailand kerana disyaki membawa 6,000 biji pil kuda di sebuah hotel di Sungai Golok, 1 November lalu.

Ketua Polis Daerah Sungai Golok, Kolonel Polis Jadsadavit Inprapan dilaporkan berkata, pihaknya hampir selesai melengkapkan kertas siasatan kes terbabit dan akan menyerahkan kertas siasatan itu kepada pihak pendakwa raya Thailand secepat mungkin.

Dalam perkembangan bera­singan, Kok Chin memberitahu pihaknya komited membanteras jenayah dadah di Selangor.

Menurutnya, Januari sehingga Oktober lalu, JSJN IPK Selangor membuat 553 serbuan berkaitan dadah dalam Operasi (Op) Sarang.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN