Israel makin agresif bedil Lubnan, bas konvoi UNIFIL jadi sasaran

Israel makin agresif bedil Lubnan, bas konvoi UNIFIL jadi sasaran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIRUT: Sekurang-kurangnya 10 terbunuh di Lubnan dalam serangan dron Israel di jalan raya di selatan, Gunung Lubnan dan Bekaa.

Bapa saudara kepada bekas ketua Hezbollah, Hassan Nasrallah dan ahli keluarganya turut terbunuh akibat serangan di selatan Lubnan.

Di Baalbek-Hermel, puluhan mangsa terkorban setelah terperangkap di bawah runtuhan beberapa bangunan, termasuk yang berdekatan dengan Kuil Baalbek.

Tentera Israel kemudiannya melanjutkan serangan ke Tyre pada sebelah petang.

Dron Israel menyerang sebuah kereta di jalan Araya, Gunung Lubnan, membunuh seorang wanita berusia 30-an, menjadikannya wanita pertama menjadi sasaran rejim.

Keluarga Doaa Mattar berkata, mereka terputus hubungan dengan anak perempuan mereka ketika serbuan berlaku.

Jenazah Mattar dibawa ke Hospital Al-Rasssoul Al-Azam milik Hezbollah, manakala dua pejalan kaki yang cedera – seorang lelaki dan cucunya – dihantar ke Hospital Sacre Coeur.

Beberapa jam kemudian, dron Israel sekali lagi menyasarkan sebuah kereta di jalan Sungai Awali di pintu masuk bandar Sidon, selatan Beirut.

Serangan itu membunuh tiga nyawa dan mencederakan tiga tentera Lubnan di pos pemeriksaan berdekatan, serta merosakkan beberapa kenderaan, termasuk sebuah bas konvoi UNIFIL yang sedang melalui kawasan tersebut.

Ia mengakibatkan lima tentera UNIFIL dari Malaysia dan dua orang awam mengalami kecederaan.

Sementara itu, di pinggir selatan Beirut mengalami malam yang penuh dengan serangan udara berterusan sehingga awal pagi Khamis, menyasarkan kawasan Haret Hreik, Burj Al-Barajneh, Tahwitat Al-Ghadir dan Ouzai.

Salah satu serangan berlaku berhampiran landasan di lapangan terbang Beirut, menyebabkan kerosakan kepada beberapa kemudahan.

Namun, operasi di lapangan terbang diteruskan dengan Middle East Airlines beralih ke landasan alternatif untuk pendaratan, beberapa minit selepas Israel mengeluarkan amaran pemindahan.

Serangan udara di pinggir selatan Beirut menyebabkan kerosakan besar pada bangunan kediaman, kedai, sekolah, kemudahan sosial dan pusat kesihatan.– AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN