Harap pelabuhan Kuala Sanglang diluluskan kerajaan pusat - Utusan Malaysia

Harap pelabuhan Kuala Sanglang diluluskan kerajaan pusat

Muhammad Sanusi Md. Nor dalam Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua DUN Kedah di Alor Setar, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Cadangan projek berimpak tinggi, Pelabuhan Laut Dalam Kuala Sanglang dekat sini, diperhalusi syarikat pelabur sebelum dimuktamadkan hujung tahun ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor berkata, syarikat itu mengemukakan cadangan kepada Kementerian Pengangkutan termasuk melakukan penambahbaikan berdasarkan maklum balas diterima daripada kementerian.

“Bahagian Perancang Ekonomi Negeri Kedah (BPEN) turut mengadakan siri perbincangan dan mesyuarat teknikal memperhalusi kesesuaian lokasi tapak dan bentuk pembangunan projek dicadangkan pihak syarikat.

“Diharap­kan cadangan pela­buhan ini mendapat sokongan dan kelulusan Kerajaan Persekutuan kerana manfaatnya besar kepada pertumbuhan ekonomi,” katanya pada sesi jawapan lisan pada Mesyuarat Ketiga Penggal Ke­dua

Dewan Undangan Ne­geri (DUN) Kedah di sini semalam, menjawab soalan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Mohd. Ashraf Mustaqim Badrul Munir (Bersatu-Kota Siputeh) berkaitan status pembangunan pelabuhan tersebut.

Ia dibangunkan melalui inisiatif pihak swasta dengan pembangunan sebuah pelabuhan kargo landbridge yang berfungsi sebagai jalan pintas antara Laut Andaman dan Te­luk Thailand.

“Cadangan pelabuhan ini akan menjadi feeder port melengkapi keperluan kapasiti Pelabuhan Pulau Pinang pada masa kini.

“Ia akan berfungsi sebagai hab tenaga baharu berasaskan ammonia dan hidrogen serta bertujuan meningkatkan pembangunan dan pertumbuhan ekonomi di bahagian pantai barat daerah Kubang Pasu yang kini didominasi aktiviti pertanian dan perikanan,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN