TAIPING: Seramai 40 keluarga di Kampung Setia Jaya, Kamunting di sini, merayu kerajaan negeri menyelesaikan isu status tanah kediaman yang mereka tinggal lebih 40 tahun. Wakil penduduk yang juga Pengerusi Sekretariat Sukarelawan Ikhlas Malaysia, Mohd. Ridzuan Abdullah berkata, mereka dijanjikan pemberian geran tanah kediaman sejak tahun 2001. Namun hingga kini masalah itu tidak dapat diselesaikan walaupun sebelum ini mereka sudah dijanjikan akan memperoleh geran tanah kediaman. “Pada 2001, tawaran diberikan…










