Filipina tingkat keselamatan ekoran ancaman bunuh Presiden Marcos

Filipina tingkat keselamatan ekoran ancaman bunuh Presiden Marcos

FERDINAND MARCOS JR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MANILA: Kerajaan Filipina meningkatkan langkah keselamatan untuk Presiden Ferdinand Marcos Jr. dan keluarganya susulan ancaman bunuh secara terbuka Naib Presiden, Sara Duterte, baru-baru ini.

Komando Keselamatan Presiden (PSC) dalam kenyataan berkata, pihaknya berkoordinasi rapat dengan agensi penguatkuasaan undang-undang untuk mengesan, menghalang dan mempertahankan Presiden serta keluarga daripada sebarang ancaman.

“Sebarang ancaman terhadap nyawa Presiden dan keluarga, tanpa mengira asal usul, terutama yang dibuat secara terbuka di khalayak ramai dipandang serius.

“Kami menganggao ini sebagai isu keselamatan negara dan akan mengambil semua langkah perlu untuk memastikan keselamatan presiden,” menurut kenyataan itu.

Langkah itu diambil selepas kenyataan Naib Presiden Duterte semasa sidang media dalam talian Jumaat lalu, yang mendakwa merancang pembunuhan Presiden Marcos dan isterinya, Liza Araneta-Marcos serta Speaker Dewan Rakyat, Martin Romualdez jika apa-apa berlaku kepadanya.

“Saya sudah bercakap dengan seseorang. Saya beritahu dia jika saya dibunuh, dia harus membunuh (Marcos), Liza Araneta dan Martin Romualdez.

“Ini bukan gurauan. Arahan sudah saya berikan,” kata Duterte dalam bahasa Filipina.

Duterte menuduh Romualdez, sepupu Marcos, mahu beliau mati dan mendakwa melihatnya sebagai ancaman terbesar untuk pilihan raya presiden 2028.

Naib presiden menghadapi tekanan politik yang semakin meningkat, termasuk ancaman pemecatan di Dewan Rakyat.

Usaha itu dilaporkan diketuai oleh Romualdez, yang dilihat sedang mempersiapkan diri untuk pencalonan presiden pada 2028.– ANADOLU

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×