SEREMBAN: Sungai Pajam di Nilai di sini menjadi satu-satunya sungai di Negeri Sembilan yang berada dalam kategori tercemar mengikut Indeks Kualiti Air (IKA) yang dikeluarkan Jabatan Alam Sekitar (JAS) berdasarkan Laporan Kualiti Alam Sekeliling 2023. Berdasarkan laporan itu yang dikeluarkan pada bulan lalu, Sungai Pajam yang di bawah Lembangan Sungai Langat menerusi stesen manual, Kawasan Perindustrian Nilai yang dipantau JAS bernombor 3NLGT021 turut mencatatkan bacaan data nilai IKA sederhana tercemar…










