PASIR SALAK: Penduduk dan pengunjung ke rumah tokoh pejuang negara, Datuk Maharajalela di Kompleks Sejarah Pasir Salak di sini kecewa berikutan premis yang sudah dibaik pulih itu masih belum dibuka untuk dilawati. Penduduk, Hasbullah Tajuddin, 54, berkata, dia sudah tidak tahu apa lagi alasan yang boleh diberitahu kepada orang ramai setiap kali mereka datang ke kedainya untuk masuk ke dalam rumah tersebut. Menurutnya, ada pengunjung datang dari Ipoh, Petaling Jaya,…










