SEREMBAN: Penduduk sekitar Mendum, Lenggeng di sini bimbang dengan keselamatan mereka selepas mendakwa terdapat seekor harimau kumbang berkeliaran di kawasan tersebut. Zulzaidi Mohd. Isa, 40, berkata, dia sendiri melihat kehadiran haiwan liar itu ketika melalui jalan utama berdekatan Sekolah Kebangsaan (SK) Mendum, minggu lalu. Katanya, ketika bersama isteri dalam perjalanan ke Seremban kira-kira pukul 8.30 malam, mereka terlihat kelibat haiwan yang pada awalnya disangkakan kambing atau anjing. “Tetapi apabila saya…










