Israel terus bedil Gaza, 20 maut di Khan Younis

Israel terus bedil Gaza, 20 maut di Khan Younis

JENAZAH dua mangsa diusung oleh penduduk dari Hospital Nasser di Khan Yunis, selatan Gaza, 24 Julai lalu. -AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEBING BARAT: Sekurang-kurangnya 20 rakyat Palestin terbunuh dalam pencerobohan tentera Israel di timur Khan Younis, di selatan Gaza.

Menurut sumber perubatan hari ini, tentera Israel melancarkan serangan pengeboman mengejut dan membedil puluhan rumah di wilayah itu.

Penduduk berjaya menemukan 20 mangsa yang terkorban selepas pasukan rejim berundur dari kawasan itu dan jenazah mereka kini dipindahkan ke Hospital Eropah Gaza.

Walaupun Israel giat menyerang Lubnan kebelakangan ini, pasukan rejim masih meneruskan operasi ketenteraannya di Gaza.

Perang Israel terhadap wilayah itu sudah berlanjutan selama hampir setahun, dengan korban awam kini mencecah 41,600 orang.

Israel meneruskan serangan kejamnya di Gaza walaupun resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) menggesa gencatan senjata segera di wilayah itu.– AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya