KUALA LUMPUR: Satu Kod Tatalaku (COC) di Laut China Selatan sedang dirunding negara-negara ASEAN bersama China bagi mengelakkan ketegangan di perairan itu. Timbalan Menteri Luar Negeri, Datuk Mohamad Alamin berkata, COC dilihat sebagai satu tatacara bagi mengelak konflik dan ketegangan di Laut China Selatan. Kata beliau, ia akan dilaksanakan tanpa prejudis terhadap tuntutan wilayah dan maritim negara masing-masing. “Buat masa ini, negara-negara ASEAN dan China sedang merundingkan COC di Laut…










