AMPANG: Pengarah dan penerbit, Dr. Ahmad Idham Ahmad Nazri, mempersoalkan tindakan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) yang dilihat tidak agresif memperjuangkan filem Malaysia memenangi Anugerah Akademi (Oscar). Menurut Idham, sebagai agensi kerajaan, Finas sepatutnya mempunyai perancangan jelas seperti yang dilakukan Kementerian Belia dan Sukan dalam merangka Projek Road to Gold (RTG) untuk memenangi emas di Sukan Olimpik. “Saya bercakap sebagai bekas Ketua Pegawai Eeksekutif Finas. Sekarang kita lihat filem yang…