NEW YORK: Sebanyak 40 negara yang terlibat dengan pasukan pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Lubnan mengutuk sekeras-kerasnya serangan terbaharu yang menyasarkan pasukan itu. Dalam kenyataan bersama yang disiarkan Misi PBB Poland di X menegaskan, tindakan sedemikian mesti dihentikan serta-merta dan menggesa siasatan sewajarnya. Kenyataan tersebut ditandatangani oleh negara-negara penyumbang utama seperti Indonesia, Itali dan India. Beberapa negara lain turut menandatangani kenyataan itu termasuk Ghana, Nepal, Malaysia, Sepanyol, Perancis dan…