Syed Hussien tekad bawa lebih banyak pembangunan

Syed Hussien tekad bawa lebih banyak pembangunan

SYED HUSSIEN SYED ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Mukadimah

SYED Hussien Syed Abdullah bukan nama asing di Bandar Kluang.

Pernah bertugas sebagai Ahli Majlis di Majlis Perbandaran Kluang (MPK) turut membantunya untuk dikenali masyarakat setempat

Pencalonan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kluang itu dianggap yang terbaik, apatah umurnya baharu mencecah 40 tahun dan semestinya memberi kekuatan kepadanya untuk menabur bakti kepada rakyat di DUN Mahkota.

Sebagai calon yang mewakili kerajaan Barisan Nasional (BN), Syed Hussien berkongsi pendapat dan visinya dengan Utusan Malaysia.

 

Utusan: Kenapa pengundi di DUN Mahkota perlu memilih calon BN dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Mahkota ini?

Syed Hussien: Rakyat negeri Johor, khasnya pengundi di DUN Mahkota secara hakikatnya perlu mengetahui bahawa pentingnya kemenangan BN dalam PRK ini.

Kemenangan BN akan membuktikan kestabilan politik di negeri Johor dalam mengorak langkah ke arah negeri maju pada 2030 dan ia penting untuk meyakinkan pelabur bagi melabur di negeri ini.

Dalam masa sama, kemenangan BN turut akan mengukuhkan hubungan antara kerajaan negeri dan Pusat selain bukti bahawa parti kerajaan pada masa ini diterima rakyat walaupun berlainan

fahaman politik termasuk dasar kerajaan.

Bagi menambat hati pengundi atas pagar dan pengundi muda, apa yang saudara bawakan kepada kumpulan ini, sekiranya terpilih sebagai wakil rakyat?

Jelas di sini adalah kepentingan golongan muda yang masih tercari-cari arah untuk memulakan kehidupan. Perkara seperti perumahan, pekerjaan, penjanaan ekonomi serta pendidikan adalah

perkara pokok yang perlu diberikan perhatian dan sewajarnya diangkat kepada pihak kerajaan negeri agar dapat dijadikan permulaan tindakan bagi menjamin kehidupan dengan ekonomi mampan.

Apakah visi dan misi yang saudara bawa kepada keseluruhan pengundi dalam DUN Mahkota sekiranya terpilih sebagai wakil rakyat di kawasan ini?

Dalam tempoh kira-kira dua tahun lagi negeri Johor akan berdepan dengan Pilihan Raya Negeri Ke-16. Maka dalam tempoh sesingkat itu saya perlu menarik lebih banyak pakej pembangunan

daripada kerajaan negeri dan Pusat untuk limpahan anak muda.

Namun, soal kebajikan yang melibatkan anak tempatan di DUN Mahkota akan menjadi perkara pokok dan cuba diatasi sebaiknya untuk kesejahteraan bersama.

Apa kesannya kepada penduduk di kawasan DUN Mahkota sekiranya memilih wakil rakyat daripada parti lawan?

Sekiranya tersilap membuat penilaian dan pemilihan, secara amnya ia bukan sahaja merugikan rakyat di DUN Mahkota, malah impak lebih besar adalah kawasan ini akan tertinggal daripada pakej-

pakej disediakan kerajaan negeri atau Pusat.

Bukan itu sahaja, segala keluhan rakyat di DUN Mahkota tidak akan dapat dibawa ke peringkat tertinggi dan kesannya akan menyebabkan setiap perancangan pembangunan di DUN Mahkota

akan ‘terhenti’ seketika. Pemilihan yang salah pasti akan merugikan DUN Mahkota secara keseluruhannya.

Satu daripada isu yang dibawa oleh Perikatan Nasional (PN) adalah berkaitan kos sara hidup serta kenaikan harga barang. Apakah peranan yang akan dibawakan untuk mengatasi isu ini?

Masalah kos sara hidup ini bukan suatu perkara baharu dan ia akan dijadikan senjata untuk mencari kesalahan lawan setiap kali apa juga pilihan raya diadakan.

Walau bagaimanapun, tindakan kerajaan yang menyediakan pelbagai jenis jualan seperti Jualan Rahmah dan Jualan Kasih Johor di seluruh negeri ini, termasuk di daerah Kluang pasti akan sekurang-kurangnya dapat meringankan kos sara hidup setiap keluarga.

Walaupun tidak menyelesaikan secara tuntas, namun dapat mengurangkan ke paras yang mampu membantu rakyat mengurangkan kos perbelanjaan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×