Sedia galas tanggungjawab jika diberi peluang

Sedia galas tanggungjawab jika diberi peluang

Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kluang, Syed Hussein Syed Abdullah
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLUANG: Berkecimpung dalam arena politik lebih 20 tahun menjadikan beliau sudah bersedia untuk menggalas tanggungjawab sekiranya diberikan peluang mewakili suara rakyat di Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota.

Malah, dengan kemahiran berkomunikasi dalam Bahasa Mandarin selain Inggeris dan Melayu membolekan beliau mampu mendekati pelbagai golongan masyarakat, termasuk kaum Tionghoa di Kluang.

Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kluang, Syed Hussein Syed Abdullah, 40, pada dasarnya tidak perlu diperkenalkan lagi kepada umum kerana sepanjang penglibatannya sebagai ahli UMNO, pelbagai jawatan sudah disandang yang memerlukannya untuk sentiasa mendampingi orang ramai.

Bermula dengan jawatan sebagai Ketua Penerangan Pemuda UMNO Bahagian Kluang (2018-2022), Ahli Jawatankuasa Pemuda UMNO Bahagian Kluang (2013-2022, Ketua Pemuda Cawangan Kampung Palembang Lama (2023-Kini),
Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kluang (2023-Kini) dan Ketua Penerangan Pemuda UMNO Johor (2018-2022) pasti akan memberikannya banyak pengalaman dalam bidang politik.

Pemegang Diploma Pentadbiran Perniagaan dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM) yang juga Ahli Majlis, Majlis Perbandaran Kluang (Zon Seri Impian) itu turut banyak melibatkan diri dalam kerja sosial apabila menerajui beberapa badan bukan kerajaan (NGO) seperti Presiden Pertubuhan Dua Roda Kluang, Penasihat (Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS),
Pemangku Yang Dipertua PESAKA Kluang dan Penggerak Sosial Parlimen Kluang.

Ditanya tentang cadangan Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Akmal Salleh tentang namanya dicalonkan sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi DUN Mahkota, Syed Hussein yang juga anak kedua daripada lima beradik itu bertekad untuk berkhidmat dengan baik bagi mewakili suara rakyat di DUN Mahkota.

Malah katanya, pengalaman 22 tahun sebagai ahli UMNO menjadikannya sinonim dengan perjuangan mempertahankan hak bangsa, agama dan negara seperti yang ternyata dalam perlembagaan parti UMNO.

“Walau bagaimanapun, ketetapan siapa yang akan terpilih menjadi calon dalam PRK DUN Mahkota terserah kepada pucuk pimpinan Bahagian Kluang, negeri dan Pusat kerana mereka lebih arif tentang strategi memenangkan parti,” katanya kepada Utusan Malaysia.

PRK DUN diadakan susulan kematian penyandangnya, Datuk Sharifah Azizah Syed Zain pada 2 Ogos lalu.

Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) pada 2022, beliau memenangi kerusi tersebut dengan majoriti 5,166 undi menewaskan calon Pakatan Harapan (PH), Muhammad Tagiuddin Cheman, Mohamad Nor Lingan (Perikatan Nasional) dan Mohamed Noor Suleiman (Warisan).- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN