Russia bedil Kyiv, banyak bangunan musnah

Russia bedil Kyiv, banyak bangunan musnah

PASUKAN Keselamatan Ukraine menggunakan lampu untuk memantau pergerakan dron dalam serangan udara Russia ke atas Kyiv, pada 31 Julai 2024.- AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KYIV: Russia melancarkan serangan terhadap ibu negara Ukraine di sini awal hari ini, mengakibatkan letupan kuat, kebakaran di kawasan-kawasan kediaman serta merosakkan kemudahan awam.

Beberapa siri letupan menggegarkan Kyiv, menyebabkan penduduk teraksa lari bertempiaran mencari tempat perlindungan, lapor Tentera Udara Ukraine.

Datuk Bandar Kyiv, Vitali Klitschko turut mengumumkan darurat sementara di daerah Holosiivskyi dan Solomianskyi.

Seorang penduduk awam juga dilaporkan cedera akibat terkena serpihan yang berterbangan di Shevchenkivskyi.

Ketua Pentadbiran Tentera Kyiv, Serhiy Popko berkata, pihaknya berjaya memintas 22 daripada 35 peluru berpandu dan 20 daripada 23 serangan dron yang disasarkan ke Kyiv, Kharkiv, Dnipro, Poltava, Mykolaiv dan Zaporizhzhia.

Pemimpin di daerah Kharkiv, Oleh Syniehubov, turut mengesahkan serangan awal pagi ini di daerah Industrialnyi.

Beberapa gambar didedahkan Reuters, menunjukkan satu kebakaran besar dirakam di Kyiv, sementara sebuah kompleks sukan di sebuah universiti turut rosak teruk akibat dibedil.

Gambar-gambar oleh AP pula memaparkan kerosakan yang berlaku di sebuah kolej di Kyiv dan keadaan di sebuah kemudahan sukan di Kharkiv yang runtuh.

Isnin lalu, Russia melancarkan lebih 200 peluru berpandu dan dron terhadap Ukraine, mengorbankan tujuh nyawa dalam satu serangan disifatkan Kyiv sebagai serangan besar-besaran.

Russia menafikan ia mensasarkan penduduk awam dalam perang sejak 30 bulan lalu.- AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN