PN harap kerajaan tidak sekat kempen di media sosial

PN harap kerajaan tidak sekat kempen di media sosial

IDRIS Ahmad berucap pada ceramah kelompok di PDM Mesjid Lama, Kampung Melayu, Kluang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLUANG: Jentera Perikatan Nasional (PN) diminta mempertingkatkan kempen menerusi media sosial dalam usaha mendekati lebuh ramai pengundi muda.

Naib Presiden Pas, Datuk Idris Ahmad berkata, usaha itu penting kerana lebih separuh daripada 66,318 pengundi di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota adalah golongan muda berusia kurang 40 tahun.

“Sudah tentulah kehidupan mereka (selalu menggunakan) dengan internet. Sebab itu saya harapkan kempen kita juga dilakukan menerusi media sosial berbanding cara konvensional,” katanya ditemui selepas menghadiri ceramah kelompok di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Mesjid Lama, Kampung Melayu, di sini malam tadi. 

Yang turut hadir, Ketua Penerangan PN, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Yang Dipertua Pas Johor, Abdullah Husin.

Idris berkata, akses internet di daerah ini tidak mempunyai masalah kerana berada di kawasan bandar.

Dalam pada itu, beliau berharap kerajaan bersikap adil dengan tidak menyekat PN berkempen menerusi media sosial dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Mahkota.

“Harapan saya jangan pula nak sekat atau tarik balik (kandungan yang sudah disiarkan). Biar gentleman dan adil. Jawab hujah dengan hujah, jangan gunakan kuasa yang ada,” katanya.

PRK DUN Mahkota diadakan susulan kematian penyandangnya, Datuk Sharifah Azizah Syed Zain, 63, pada 2 Ogos lalu semasa menerima rawatan di Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom, di sini 

BN mempertaruhkan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kluang, Syed Hussien Syed Abdullah, 40, bagi mempertahankan kerusi tersebut, manakala PN mencalonkan bekas pemain bola sepak Johor FA, Mohamad Haizan Jaafar, 61.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 28 September ini sebagai hari pengundian,  manakala 24 September hari mengundi awal. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN