Penyerang antarabangsa Myanmar tambah sengat jentera serangan KDN FC

Penyerang antarabangsa Myanmar tambah sengat jentera serangan KDN FC

AUNG Kaung Mann menjadi sandaran baharu KDN FC dalam usaha merebok kubu lawan bagi mendapatkan kemenangan dalam saingan Liga Super selepas ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Kelantan Darul Naim FC (KDN FC) terus bernafsu melakukan perubahan dalam usaha ‘membebaskan’ pasukan itu dari tangga tercorot Liga Super dengan membawa masuk penyerang antarabangsa Myanmar, Aung Kaung bagi menambah sengat dibahagian serangan.

Presidennya, Rozi Muhamad berkata, kehadiran penyerang tulen sememangnya ditagih berpandukan kepada rekod yang dimilik sepanjang aksi antarabangsa bersama Myanmar dan kelabnya sebelum ini.

“Kaung Mann mempunyai rekod yang baik di peringkat kelab dan antarabangsa. Pengalaman dan semangatnya menjadi kunci untuk kami mempertajamkan jentera serangan Sang Kijang Emas.

“Kami berasa teruja mahu menyaksikan sejauh mana impak positif yang akan dibawa oleh pemain ini di atas padang dan di bilik persalinan sambil kami terus berusaha memperbaiki kelemahan, seterusnya cuba meraih kejayaan dalam baki saingan Liga Super,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Ujarnya, penyerang itu menandatangani kontrak sehingga Mei 2025 bersama KDN FC.

Sementara itu, Rozi berkata, KDN FC turut membawa masuk Muhaimin Izuddin dari Penang FC dalam usaha memperkasakan lagi pasukan bagi mengharungi baki saingan musim ini.

“Bekas pemain Skuad Projek FAM-MSN yang pernah menjadi tonggak utama Kelantan FC itu hanya sempat beraksi 10 minit bersama Penang FC ketika pasukan itu seri dengan Sabah FC sebelum dua kali disenaraikan di bangku simpanan selepas itu.

“Kegagalan memecah masuk ke dalam skuad utama Penang FC mendorong kepada perpindahannya ke KDN FC untuk kembali menabur bakti di tanah kelahirannya. Semoga kemasukannya dapat membantu menaikkan semula prestasi Sang Kijang Emas,” ujarnya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN