Misi Polaris Dawn SpaceX dijadual berlepas Jumaat ini

Misi Polaris Dawn SpaceX dijadual berlepas Jumaat ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Misi Polaris Dawn SpaceX, satu ekspedisi orbit berbilang hari yang bakal menyaksikan angkasawan swasta melakukan ‘spacewalk’ buat pertama kali dalam sejarah, bakal berlepas pada Jumaat ini, menurut Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA).

Pelan operasi yang dikeluarkan oleh agensi tersebut menunjukkan tingkap pelancaran selama empat jam akan dibuka pada pukul 3:33 pagi, pada Jumaat dari Pusat Angkasa Kennedy NASA.

Syarikat milik Elon Musk itu bagaimanapun belum mengeluarkan sebarang komen mengenai jadual pelancaran baharu ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Misi Polaris Dawn yang dianjurkan oleh usahawan bilionair, Jared Isaacman, bertujuan untuk mencapai ketinggian maksimum 1,400 kilometer, antara tertinggi bagi mana-mana misi berawak dalam tempoh lebih separuh abad, sejak program Apollo NASA.

Kemuncak misi ini adalah pelaksanaan spacewalk pertama oleh kru empat orang yang terdiri sepenuhnya daripada angkasawan bukan profesional, yang akan memakai sut aktiviti luar angkasa (EVA) baharu yang dibangunkan oleh SpaceX.

Pelancaran misi ini ditangguhkan dua kali minggu lalu. 

Pada mulanya disebabkan oleh masalah teknikal dengan menara pelancaran dan seterusnya kerana kekangan cuaca yang menjejaskan fasa pendaratan semula.

Situasi menjadi lebih rumit apabila misi SpaceX Falcon 9 yang berasingan kehilangan penggalak peringkat pertama, yang kebiasaannya melakukan pendaratan tepat di atas kapal dron. 

Insiden ini menyebabkan penggantungan sementara pelancaran kenderaan yang sering digunakan oleh NASA dan syarikat swasta untuk menghantar angkasawan dan satelit ke orbit, namun larangan itu ditarik balik. -AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini