Kenya jadi pintu masuk minyak sawit Malaysia ke Afrika

Kenya jadi pintu masuk minyak sawit Malaysia ke Afrika

NORAINI Ahmad (tengah) tekun mendengar taklimat berkait dengan penghasilan produk berasaskan kenaf selepas merasmikan Karnival Industri Asas Tani (AGX) 2026 di Universiti Malaysia Kelantan, Jeli, Kelantan hari ini-UTUSAN/KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JELI: Malaysia merancang mengadakan misi perdagangan ke Kenya bagi membuka laluan lebih luas kepada eksport minyak sawit ke pasaran Afrika, sekali gus memperkukuh kedudukan industri komoditi negara itu di peringkat antarabangsa.

Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad berkata, Kenya berpotensi menjadi pintu masuk strategik bagi menembusi pasaran benua itu, selaras dengan usaha pihaknya memperluas permintaan terhadap komoditi tempatan.

“Kenya itu adalah pintu masuk kepada Afrika dan insya-Allah misi perdagangan akan kita laksanakan ke Kenya selepas ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Selain meneroka pasaran baharu di Afrika, kementerian turut memberi perhatian kepada usaha meningkatkan permintaan terhadap minyak sawit Malaysia di India, yang merupakan antara pasaran utama industri berkenaan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Industri Asas Tani (AGX) 2026 di Universiti Malaysia Kelantan di sini hari ini.

Noraini memberitahu, lawatan terbaharu pasukan kementerian ke India menunjukkan permintaan terhadap minyak sawit Malaysia masih kekal meskipun industri perladangan berdepan pelbagai cabaran susulan perkembangan semasa antarabangsa.

Katanya, kerajaan turut memberi tumpuan kepada usaha memperkukuh pasaran minyak sawit Malaysia di Kesatuan Eropah (EU) dan China.

Mengulas lanjut, Noraini berkata, kementerian akan mempergiat pembangunan produk hiliran sawit bagi meningkatkan nilai tambah komoditi negara dan memperluas peluang pertumbuhan industri.

“Produk hiliran ini kita nak fokuskan juga kerana nilai tambahnya sangat banyak,” katanya.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini