Wan Mohalina, suami disaman agensi pakej haji dan pelancongan

Wan Mohalina, suami disaman agensi pakej haji dan pelancongan

terkini
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Exco Wanita UMNO, Wan Mohalina Wan Mohammad dan suaminya, Mohamad Shaharin Md Saman telah disaman oleh syarikat pengelola haji berdaftar, Zahafiz Travel & Tours atas dakwaan gagal menjelaskan tunggakan pakej haji premium berjumlah RM397,730.

Syarikat tersebut telah memfailkan saman itu pada 2 Oktober lalu di Mahkamah Sesyen di sini menerusi Tetuan Rahman dan Rohaida.

Mereka menamakan Mohamad Shaharin, 60, dan Wan Mohalina, 57, masing-masing sebagai defendan pertama dan kedua.

Memuatkan artikel berkaitan…

Satu kenyataan memberitahu, Wan Mohalina yang juga Ketua Wanita UMNO Bahagian Sungai Petani itu bersama suaminya telah menunaikan ibadah haji menerusi pakej Haji Premium yang ditawarkan oleh Syarikat Zahafiz Travel & Tours.

“Namun, mereka didakwa telah memberikan dua keping cek tendang kepada Syarikat Zahafiz Travel & Tours dan didakwa gagal membuat sebarang pembayaran bagi membiayai pakej haji tersebut,” kata kenyataan itu.

Rentetan itu Wan Mohalina dan suaminya kini berdepan dengan saman berjumlah RM397,730 yang difailkan oleh syarikat terbabit terhadap mereka.

Sementara itu berdasarkan pernyataan tuntutan, plaintif mengatakan sehingga kini defendan-defendan telah gagal, enggan atau cuai untuk menjelaskan bayaran bagi Pakej Haji di bawah Invois tersebut, meskipun peringatan berulang kali telah diberikan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini