MELAKA: Lari cukai dan tuntutan tidak tepat merupakan kesalahan paling banyak dikesan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dalam operasi pengauditan di Melaka dan Negeri Sembilan. Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pematuhan) LHDN, Datuk Hisham Rusli berkata, pihaknya melaksanakan operasi pengauditan terhadap 585 entiti perniagaan dan individu di Melaka dan Negeri Sembilan sepanjang tiga hari Op Jebat dan Op Minang dilaksanakan bermula semalam. Kata beliau, daripada jumlah itu sebanyak 258 kes…










