KUALA LUMPUR: Kadar kebolehpasaran graduan pertanian menurun sebanyak 5.6 peratus, daripada 65.3 peratus 2022 kepada 59.7 peratus tahun lalu. Statistik Sistem Kajian Pengesanan Graduan (SKPG) yang dilaksanakan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) menunjukkan penurunan itu disebabkan kurangnya kemajuan dalam sektor pertanian itu sendiri. Naib Canselor Universiti Putra Malaysia (UPM), Datuk Profesor Dr. Ahmad Farhan Mohd Sadullah berkata, bidang pertanian menghadapi terlalu banyak cabaran yang perlu diatasi bagi membuka peluang yang…










