TOKYO: Kerajaan Tokyo melancarkan aplikasi temu janji berasaskan kecerdasan buatan (AI) untuk menggalakkan perkahwinan dalam usaha menangani masalah penurunan kadar kelahiran di Jepun.
Aplikasi dikenali sebagai Tokyo Enmusubi ini terbuka untuk individu berumur 18 tahun ke atas yang tinggal atau berulang alik ke ibu kota, lapor Kyodo News.
Pengguna mesti melengkapkan temuduga dalam talian dan menyediakan pengenalan diri, bukti pendapatan serta sijil status bujang bagi memastikan keselamatan di platform tersebut.
Inisiatif ini adalah sebahagian daripada pendekatan lebih luas untuk menyokong individu daripada peringkat temu janji hingga perkahwinan dan membesarkan anak, ketika negara bergelut dengan penduduk yang semakin tua.
Dengan menggunakan teknologi AI, aplikasi ini bertujuan untuk memadankan pasangan berdasarkan nilai dan jawapan yang diberikan kepada 110 soalan terperinci.
Untuk mendaftar, pengguna mesti membayar yuran 11,000 yen (sekitar RM317) dan keahlian tersebut sah selama dua tahun.
Walaupun AI memberikan cadangan pasangan, pengguna juga boleh mencari calon berdasarkan kriteria sendiri.- AGENSI










