RAMALLAH: Skala kemusnahan dan kerugian menggambarkan seolah-olah bandar Jenin dilanda gempa bumi, berikutan operasi ketenteraan besar-besaran Israel. Datuk Bandar Jenin, Nidal al-Obaidi menganggarkan kerugian kira-kira AS$135.2 juta (RM585 juta) akibat kerosakan yang berlaku setakat ini. Beliau berkata, banyak kerosakan dilaporkan pada infrastruktur bandar, termasuk saluran air, komunikasi dan transfomer elektrik. “Skala kemusnahan melebihi operasi sebelum ini, dengan kerugian dianggarkan sekitar AS$135.2 juta (RM585 juta). “Keadaan itu terutama di kawasan kejiranan…