MUAR: ‘Abang Bas’ yang tular susulan memuat naik rakaman seorang murid perempuan sebagai orang kesayangan atau ‘crush’, menangis semasa didakwa di Mahkamah Sesyen, di sini semalam. Tertuduh berusia 24 tahun menangis di kandang tertuduh, namun mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan yang dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Hakim Sayani Mohd. Nor. Bagi pertuduhan pertama, dia didakwa melakukan amang seksual fizikal dengan mencium pipi kanak-kanak perempuan yang juga anak saudaranya berusia…