Tiada kompromi isu promosi Bible depan surau - Exco

Tiada kompromi isu promosi Bible depan surau – Exco

ABDUL RAZAK ABDUL RAHMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: “Tiada kompromi,” itu penegasan dibuat Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Seni, Warisan dan Budaya Melaka, Datuk Abdul Razak Abdul Rahman berhubung isu mempromosi aktiviti berkaitan agama Kristian, dipercayai berlaku di hadapan Surau Warisan berhadapan Bangunan Stadthuys, Banda Hilir di sini.

Abdul Razak berkata, tindakan sedemikian perlu dikecam kerana tidak menghormati sensitiviti agama Islam.

Tegasnya, perkara itu amat memalukan dan boleh menjadi fitnah kepada kerajaan negeri memandang berlaku di kawasan tumpuan pelancong, Sabtu lalu.

“Jangan melampau dalam membuat apa-apa tindakan terutama dalam keadaan kita yang hidup dengan aman dalam negeri Melaka ini. Hormati agama Islam.

“Mereka ini membuat promosi Bible, pula berlaku di depan Surau Warisan berhadapan Stadthuys yang merupakan kawasan tumpuan pelancong yang datang ke Melaka. Perkara ini sangat memalukan dan boleh menjadi fitnah kepada kerajaan,” katanya.

AKTIVITI berkaitan agama Kristian, dipercayai berlaku di hadapan Surau Warisan berhadapan Bangunan Stadthuys, Banda Hilir, Melaka.

Terdahulu, Utusan Malaysia melaporkan, polis mengesahkan belum menerima sebarang laporan dilakukan mana-mana pihak berhubung video tular yang memaparkan kegiatan mempromosi aktiviti berkaitan agama Kristian, dipercayai berlaku di hadapan Surau Warisan.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, bagaimanapun beliau dimaklumkan bahawa pihak berkuasa agama negeri akan membuat laporan berhubung perkara itu dalam masa terdekat.

Berdasarkan video yang dikatakan dirakam seorang pengayuh beca, individu itu mempersoalkan niat dan kewajaran kumpulan berkenaan membuka reruai mempromosikan Bible di hadapan surau itu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN