Suspek culik Jia Hui direman enam hari - Utusan Malaysia

Suspek culik Jia Hui direman enam hari

SUSPEK (seluar jeans) diperintahkan ditahan reman enam hari oleh Mahkamah Majistret Kulai bagi membantu siasatan kes memiliki bahan lucah.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Suspek kes culik Albertine Leo Jia Hui, 6, direman enam hari bagi membantu siasatan kes penemuan pelbagai alat mainan seks, bahan pornografi dan bahan penganiayaan seksual kanak-kanak di kediamannya.

Perintah reman terhadap lelaki berusia 31 tahun itu bermula hari ini dikeluarkan Majistret Azureen Sahira Sauffee Afandi.

Tahanan reman itu bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan di bawah Seksyen 10 Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 kerana mengakses atau memiliki bahan penganiayaan seksual kanak-kanak dan Seksyen 292 Kanun Keseksaan kerana memiliki bahan lucah.

Terdahulu, suspek tiba di pekarangan Mahkamah Majistret Kulai dengan berpakaian baju T warna kelabu dan berseluar pendek kira-kira pukul 8.30 pagi.

Suspek tiba ke mahkamah dalam keadaan tangan bergari sambil diiringi anggota polis memasuki kompleks tersebut.

Semalam Ketua Polis Johor, Komisioner M. Kumar memaklumkan suspek ditahan semula bagi membantu siasatan susulan penemuan pelbagai alat mainan seks, bahan pornografi dewasa dan bahan penganiayaan seksual kanak-kanak di kediamannya di Kulai.

Pada 23 Julai lalu, suspek ditahan bersama-sama mangsa pada pukul 4.45 pagi di sebuah hotel bajet di Batang Kali, Selangor. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×