Kemenangan Awie sangkal dakwaan UMNO hilang sokongan Melayu - Utusan Malaysia

Kemenangan Awie sangkal dakwaan UMNO hilang sokongan Melayu

AHMAD Jazlan Yaakub (kanan) bersama Mohd. Azmawi Fikri Abdul Ghani (dua kiri) semasa tiba di pusat penjumlahan undi PRK Nenggiri, Gua Musang, Kelantan sebentar tadi-UTUSAN/KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GUA MUSANG: Kemenangan calon UMNO Mohd. Azmawi Fikri Abdul Ghani atau Awie yang mewakili Barisan Nasional di Pilihan Raya Kecil (PRK) Nenggiri menyangkal dakwaan parti itu hilang sokongan dari Orang Melayu.

Pengerusi BN negeri, Datuk Seri Ahmad Jazlan Yaakub berkata, ia sama sekali tidak tepat apabila UMNO kembali merampas semula kerusi yang mojoritinya Orang Melayu, bumiputera termasuk masyarakat Orang Asli.

“Nenggiri merupakan kerusi luar bandar yang majoritinya adalah orang Melayu dan bumiputera termasuk masyarakat Orang Asli.

“Bukan itu sahaja, kita (BN/UMNO) meraih kemenangan yang cukup besar di beberapa kawasan termasuk penempatan Orang Asli,” katanya semasa sidang media selepas pengumuman kemangan calon BN Mohd. Azmawi Fikri Abdul Ghani atau Awie di Dewan Perdana, Majlis Daerah Gua Musang di sini sebentar tadi.

Ahmad Jazlan memberitahu, kemenangan ini merupakan satu ujian UMNO dan pastinya rakyat mahu melihat kepuayaan Awie melaksanakan tugas sebagai wakil rakyat dalam menyelesaikan masalah berbangkit.

Katanya, BN tidak pernah jangka memperoleh kemenangan besar dan ini merupakan sesuatu yang amat luar biasa.

Ahmad Jazlan menzahirkan ucapan terima kasih kepada seluruh pengundi termasuk perantau yang memberikan sokongan padu sehingga BN mencapai kemenangan.

Katanya, kemenangan Awie merupakan kejayaan pertama setelah BN mengharungi tujuh PRK.

“Saya mengucapkan selamat berkhidmat kepada Awie dan ini adalah permulaan gelombang baharu buat anak muda setelah diberikan kepercayaan oleh rakyat Nenggiri.

“Saya juga menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan terima kasih kepada seluruh rakyat Nenggiri yang memilih Awie dan BN pada PRK kali ini.

“Kami akan menjunjung tinggi kepercayaan rakyat Nenggiri kepada BN,” ujarnya.

Pada PRK Nenggiri, calon Mohd. Azmawi Fikri Abdul Ghani atau Awie menan dengan majoriti 3,352 undi sekali gus menewaskan calon Perikatan Nasional (PN) Mohd. Rizwadi Ismail.

Awie memperoleh undian 9,091 manakala Mohd. Rizwadi 5,739 undi dengan undi ditolak sebanyak 135.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×