Polis Indonesia tumpaskan sindiket seludup ganja ke UK

Polis Indonesia tumpaskan sindiket seludup ganja ke UK

DUA suspek dikawal pegawai bersenjata dari Agensi Narkotik Kebangsaan Indonesia semasa sidang akhbar mengenai pendedahan rangkaian penyeludupan ganja, hari ini.- AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Polis Indonesia berjaya menumpaskan sindiket penyeludupan ganja dan menggagalkan rancangan menghantar dadah tersebut ke United Kingdom (UK).

Ketua Agensi Narkotik Indonesia, Marthinus Hukom berkata, dua individu warga tempatan ditahan didakwa terlibat dalam rangkaian berkenaan.

Beliau berkata, tangkapan melibatkan kes ganja jarang berlaku di Indonesia, dan kes itu dianggap luar biasa kerana penyeludupan bersifat rentas negara.

“Ini adalah fenomena baharu kerana ganja dari Thailand dihantar dahulu ke Indonesia kemudian ke Eropah,” katanya.

Hukom berkata, dua suspek warga Indonesia terbabit merancang untuk menghantar lebih 100 kilogram ganja dari Jakarta ke Liverpool.

Polis menemukan lebih 30 kg ganja yang disembunyikan dalam bungkusan cadar dan mainan kucing semasa serbuan di Lapangan Terbang Soekarno Hatta, 25 Julai lalu.

Serbuan seterusnya turut menemukan lebih 80 kg ganja di sebuah rumah kedai yang dikaitkan dengan individu sama.

Hukom berkata, polis menganggarkan nilai rampasan itu berjumlah 25 bilion rupiah (RM6.93 juta).

Kedua-dua suspek dituduh melanggar undang-undang narkotik Indonesia, yang membawa kepada hukuman mati jika sabit kesalahan.

Thailand menjadi negara pertama di Asia yang menyahjenayah ganja pada 2022.

Dasar ini menyebabkan peningkatan besar dalam penggunaan rekreasi dan mendorong pembukaan puluhan ribu kafe serta peruncit ganja.

Awal tahun ini, kerajaan Thailand mengumumkan rancangannya untuk mengklasifikasikan semula ganja sebagai narkotik, namun mengubah kembali dasar itu dengan menggubal undang-undang penggunaannya bagi tujuan perubatan.- REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN