PETALING JAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meraikan sambutan ulang tahun kelahirannya ke-77 bersama ribuan penonton yang menghadiri Konsert Cipta Datuk M. Nasir di Arena Axiata, malam tadi.
Beliau yang hadir ke konsert tersebut adalah bagi memenuhi jemputan sempena 45 tahun M. Nasir dalam dunia hiburan tanah air.
Perdana Menteri turut menyatakan kekagumannya terhadap M. Nasir yang beliau sifatkan sebagai seniman ulung.
“Kagum dengan kehebatan suara Datuk M. Nasir yang begitu hebat melantunkan lagu-lagu ciptaannya.
“Saya terkesan tatkala beliau menyampaikan lagu tribut buat perjuangan rakyat Palestin,” katanya.
Pada masa sama, Perdana Menteri turut menzahirkan terima kasih kepada semua pihak yang turut meraikan ulang tahun kelahirannya di konsert tersebut.









