Pengalaman, pembelajaran buatkan Awie layak jadi wakil rakyat-Ku Li

Pengalaman, pembelajaran buatkan Awie layak jadi wakil rakyat-Ku Li

TENGKU Razaleigh Hamzah (dua dari kiri) bersama peneroka di Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) Kesedar Jeram Tekoh di Gua Musang, Kelantan hari ini.UTUSAN/AIMUNI TUAN LAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GUA MUSANG: Pengalaman dan proses pembelajaran yang dilalui oleh calon Barisan Nasional (BN), Mohd. Azmawi Fikri Abdul Ghani meletakan pemimpin muda itu layak untuk diangkat sebagai wakil rakyat di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri pada Pilihan Raya Kecil (PRK), Sabtu ini.

Ketua UMNO Bahagian Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah atau Ku Li berkata, sebelum ini Awie telah diasuh dan didik dengan baik oleh bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nenggiri, Ab. Aziz Yusoff dan kepimpinan bahagian dalam menjaga kebajikan penduduk.

“Saya tak nak membandingkan calon kita dengan calon orang lain. Daripada segi asuhan tu saya tengok dia sudah melalui proses pembelajaran dan melihat apa yang dituntut oleh rakyat.

 “Saya rasa kalau dia dipilih (wakil rakyat) saya berani berkata, dia akan menjadi suara dan berkhidmat untuk rakyat,” katanya ketika ditemui pemberita selepas program ziarah di Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) Kesedar Jeram Tekoh di sini, hari ini.

Ku Li memberitahu, jika Awie dipilih sebagai wakil rakyat Nenggiri akan mendapat pelbagai aspek bantuan.

“Setahu saya dia orang yang boleh diharap. Dia bukan saja Ketua Pemuda Bahagian Gua Musang yang pegang jawatan sekian lama tetapi dinaikkan status kepada Ketua Pemuda Negeri. 

“Awie mempunyai potensi menjadi wakil rakyat bagi mewarisi pelbagai lapisan masyarakat,” ujarnya.-UTUSAN

 

 

-habis-

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN