Blatter persoal 'kuasa politik' selepas panggilan telefon Trump kepada FIFA

Blatter persoal ‘kuasa politik’ selepas panggilan telefon Trump kepada FIFA

GIANNI INFANTINO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LAUSANNE: Bekas Presiden FIFA, Sepp Blatter mempersoalkan keputusan badan induk bola sepak dunia itu untuk menggantung hukuman kad merah yang dikenakan ke atas penyerang Amerika Syarikat, Florian Balogun.

Sumber memberitahu AFP bahawa Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump telah menghubungi Presiden FIFA, Gianni Infantino bagi meminta FIFA menyemak semula penggantungan automatik satu perlawanan yang dikenakan terhadap Balogun.

Pemain berusia 25 tahun itu kini dibenarkan beraksi menentang Belgium dalam pusingan 16 terakhir Piala Dunia, selepas hukumannya digantung selama setahun tanpa sebarang penjelasan daripada FIFA mengenai keputusan tersebut.

“Kad merah tidak dibatalkan melalui panggilan telefon politik. Ia hanya boleh dibatalkan berdasarkan peraturan, bukti dan keputusan badan yang bebas.

“Jika seorang Presiden Amerika Syarikat campur tangan dengan Presiden FIFA dan seorang pemain tiba-tiba dibebaskan daripada hukuman sebelum perlawanan kalah mati Piala Dunia. Persoalan yang tidak dapat dielakkan ialah: Quo vadis (Ke mana hala tuju kamu), FIFA?

“Bola sepak tidak seharusnya menjadi gelanggang permainan kuasa politik,” Kata Blatter yang kini berusia 90 tahun dalam laman X.

Blatter sering mengkritik Infantino. Dalam temu bual dengan akhbar Jerman Bild, Februari lalu berkata, FIFA telah menjadi sebuah “diktator”.

Blatter meletakkan jawatan sebagai Presiden FIFA pada 2015 susulan krisis rasuah dan kemudiannya digantung daripada sebarang aktiviti bola sepak oleh jawatankuasa etika FIFA.

Badan induk bola sepak Eropah, UEFA, jurulatih Belgium, Rudi Garcia serta bekas pengurus Liverpool, Jurgen Klopp turut mengecam keputusan FIFA berhubung kad merah Balogun. – AFP/UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN