KULAI: Pemandu bas ekspres maut, manakala 12 yang lain termasuk seorang penumpang berstatus orang kurang upaya (OKU) mengalami kecederaan dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Kilometer 49.4, Lebuhraya Utara-Selatan, dekat sini awal pagi tadi. Pemandu yang maut akibat tersepit dan mengalami kecederaan parah dikenali sebagai Mohd. Sharif A Moin, 48. Komander Operasi Kanan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Renggam, Mohd. Fauzi Md. Nor memberitahu, mangsa yang cedera dalam kejadian…










