DUNGUN: Gara-gara keletihan kerana mengejar trip (perjalanan) dan ketiadaan pemandu kedua, seorang pemandu bas persiaran sanggup memandu dalam keadaan mengantuk sekali gus membahayakan nyawa penumpangnya, baru-baru ini. Tindakan warga emas berusia 63 tahun itu mengundang padah apabila bas yang membawa sembilan pelancong warga Maghribi dari Besut ke Kuala Lumpur ditahan anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dalam operasi khas kenderaan perdagangan di Hentian Rehat dan Rawat Paka, dekat sini. Pengarah JPJ…










