ABUJA: Jumlah kematian akibat demam Lassa, penyakit hemoragik yang membawa maut, di Nigeria meningkat kepada 163 orang setakat semalam.
Menurut kenyataan Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Nigeria, wabak demam Lassa terus merebak ke 34 negeri dan Wilayah Ibu Kota Persekutuan.
Sebelum ini, kerajaan Nigeria mengumumkan tiga ubat dikenal pasti untuk merawat penyakit itu.
Kes demam Lassa cenderung meningkat semasa musim kemarau, yang biasanya berlaku dari November hingga Mei.
Pada 2023, sebanyak 1,227 kes demam Lassa dikesan dan 219 kematian direkodkan akibat penyakit itu.
Demam Lassa, yang juga ditemukan di beberapa negara Afrika lain seperti Mali, Togo, Ghana, Liberia dan Sierra Leone, mula dikesan di timur laut negeri Borno, Nigeria pada 1969.
Kerajaan Nigeria pernah mengisytiharkan darurat pada 23 Januari 2019, akibat wabak demam itu.
Penyakit ini berjangkit melalui sentuhan dengan najis tikus dan merebak kepada manusia, yang boleh menyebabkan demam berdarah.- ANADOLU










