PETALING JAYA: Kerajaan digesa meneliti semula kadar gaji minimum selain menaikkan sekurang-kurangnya 10 peratus berbanding RM1,500 yang ditetapkan dua tahun lalu kerana jumlah itu tidak lagi relevan. Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Mohd. Effendy Abdul Ghani berkata, kenaikan gaji minimum pekerja swasta sebanyak 10 peratus perlu bagi mengimbangi kenaikan kos sara hidup terutama di bandar-bandar besar di Lembah Klang, Johor Bahru dan Pulau Pinang. Menurut beliau, gaji minimum sebanyak…










