Masalah air di kawasan Orang Asli bukan kegagalan Pas Kelantan

Masalah air di kawasan Orang Asli bukan kegagalan Kerajaan Pas Kelantan – Annuar Musa

ANNUAR Musa semasa berucap pada Majlis Pelancaran Tawaran Calon PN PRK Nenggiri di Markaz Tarbiah Renok di Gua Musang, Kelantan, semalam. UTUSAN/AIMUNI TUAN LAH.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GUA MUSANG: Pengarah Operasi Perikatan Nasional (PN) Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri, Tan Sri Annuar Musa mempertahankan masalah air yang menghantui penduduk Orang Asli sejak berpuluh tahun lalu bukan berpunca daripada kegagalan Kerajaan Pas Kelantan.

Beliau sebaliknya mendedahkan, isu tersebut berada dibawah tanggungjawab Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) dan bukan di bawah kerajaan negeri.

Menurutnya, peruntukan untuk bekalan air itu sudah disalurkan kepada Jakoa.

“Cuba pergi ke Pos Pasik, ada tangki, ada tong, ada rumah empangan, pam air, tetapi sudah berapa lama air tak bergerak.

“Sila pergi ke Pos Tohoi, ada tong air, pam air tetapi sudah lama air tak berfungsi dan disempurnakan oleh Jakoa. Mereka cuba nak menyindir kerajaan negeri dan inilah masanya kita kena perbetulkan segala fakta,” katanya ketika berucap pada Majlis Pelancaran Tawaran Calon PN PRK Nenggiri di Markaz Tarbiah Renok di sini, semalam.

Annuar memberitahu, pihaknya mendapat pelbagai keluhan daripada masyarakat Orang Asli yang menyuarakan masalah mereka di kawasan pedalaman.

“Apabila kita masuk ke kawasan pedalaman bertemu dengan pemimpin masyarakat Orang Asli mereka menyampaikan keluhan mereka berhubung dengan lot rumah kediaman, tempat bercucuk tanam, punca air dan kawasan rayau mereka.

“Kita melihat permasalahan rakyat Orang Asli sekian lama tidak selesai lalu kita (PN) tampilkan Mohd. Rizwadi Ismail yang akan memikul tanggungjawab menyelesaikan masalah rakyat,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×