Macron nafi penahanan CEO Telegram bermotif politik

Macron nafi penahanan CEO Telegram bermotif politik

EMMANUEL MACRON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIS: Presiden Perancis, Emmanuel Macron menafikan penahanan pengasas Telegram, Pavel Durov di Lapangan Terbang Le Bourget Sabtu lalu, bermotif politik.

Beliau berkata, Perancis kekal komited terhadap kebebasan bersuara yang sah.

“Penahanan pengasas Telegram di wilayah Perancis dibuat sebagai sebahagian daripada siasatan kehakiman yang sedang berjalan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Ini sama sekali bukan keputusan politik. Terserah kepada hakim untuk memutuskan,” katanya dalam hantaran di X.

Sementara itu, Pendakwa Raya Paris, Laure Beccuau berkata, penahanan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Telegram itu adalah sebahagian daripada siasatan unit jenayah siber terhadap seorang individu yang tidak dinamakan pada 8 Julai lepas.

Siasatan itu melibatkan beberapa kes jenayah termasuk menjalankan platform dalam talian yang membenarkan transaksi haram, pornografi kanak-kanak, pengedaran dadah, penipuan, pengubahan wang haram dan menyediakan perkhidmatan kriptografi kepada penjenayah, katanya.

Becceau berkata, Durov berkemungkinan ditahan sehingga Rabu.

Telegram adalah aplikasi pemesejan dan media sosial yang popular seperti WhatsApp.

Aplikasi ini sangat berpengaruh di Russia, Ukraine dan republik bekas Kesatuan Soviet.

Penahanan Durov menimbulkan kritikan daripada pemilik X, Elon Musk yang menyifatkan kebebasan bersuara di Eropah sedang diserang.- REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×