Kontinjen Johor sedia 'mengaum' pada Sukma Sarawak - Utusan Malaysia

Kontinjen Johor sedia ‘mengaum’ pada Sukma Sarawak

Atlet olahraga kebangsaan, Omar Osman yang mewakili Johor menerima bendera negeri sambil diperhatikan Mohd. Hairi Mad Shah (dua dari kiri) dan Pandak Ahmad (tiga dari kanan) pada Majlis Penyerahan Bendera Johor ke Sukan Malaysia (Sukma) di Dewan Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP), Iskandar Puteri.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISKANDAR PUTERI: Kontinjen Johor sudah bersedia menghadapi saingan Sukan Malaysia (Sukma) 2024 di Sarawak yang bermula 17 Ogos ini, khususnya memberi tumpuan terhadap aspek kekuatan mental para atletnya bagi mempertahankan kejuaraan edisi lalu.

Ketua Kontinjen Sukma Johor, Datuk Pandak Ahmad berkata, pengurus dan jurulatih telah diminta untuk memberi tumpuan terhadap aspek berkenaan dalam memastikan atlet dapat memberi persembahan terbaik.

“Atlet Johor akan terlibat dalam 36 acara. Bermula sekarang, kita minta pengurus dan jurulatih memastikan kekuatan mental atlet.

“Ini supaya mereka berada dalam keadaan terbaik untuk bertanding. Selain itu, mereka juga perlu menjaga kesihatan diri,”‘ katanya selepas Majlis Penyerahan Bendera Kontinjen Sukma Johor, di sini.

Program tersebut disempurnakan Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri, Mohd. Hairi Mad Shah.

Sementara itu, Mohd. Hairi yakin atlet Johor mampu mencipta kejutan walaupun sukan kanu yang menjadi lubuk emas bagi negeri ini tidak dipertandingkan dalam edisi kali ini.

“Saya yakin dengan kemampuan atlet kita untuk mencapai sasaran 60 pingat emas seperti ditetapkan Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi sebelum ini,” katanya.

Dua tahun lalu, Johor mencipta sejarah apabila muncul juara keseluruhan buat kali pertama dalam temasya yang diperkenalkan sejak 1986 itu dengan meraih 77 emas, 52 perak dan 43 gangsa. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN