Kemusnahan alam di Ulu Nenggiri, rakyat tanggung kesan

Kemusnahan alam di Ulu Nenggiri, rakyat tanggung kesan

MOHD. SYAHBUDDIN HASHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GUA MUSANG: Kemusnahan alam yang dilakukan di Ulu Nenggeri di sini menyebabkan rakyat dibawah terpaksa menanggung kesan walaupun jawapan diatas kertas dilihat tidak memberikan sebarang implikasi.

Timbalan Pengarah Pilihan Raya Barisan Nasional (BN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri Mohd. Syahbuddin Hashim berkata, beliau mahu Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) dan Perubahan Iklim melihat semula peraturan dan tata kelola permohonan kelulusan Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling (EIA) membabitkan pembangunan tanah di sini.

“Umum tahu bahawa setiap sesuatu permohonan EIA ini wajib ada kelulusan tanah dari Kerajaan Negeri terlebih dahulu. Bagaimanapun, tidak pernah satupun permohonan EIA dibuat terlebih dahulu barulah dapat kelulusan kerajaan (Kelantan).

“Jadi punca kuasa kepada tanah Hutan Simpan Kekal (HSK) tersebut adalah dari Kerajaan Negeri Kelantan. Permohonan Kelulusan EIA ini tidak pernah sampai kepada pengetahuan rakyat kerana ia tidak dipamer untuk disemak intipatinya, hanya paparan mengenai tajuk projek dan penggerak projek sahaja ada di laman web Jabatan Alam Sekitar,” katannya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Galas memberitahu, beliau sebagai wakil rakyat tidak pernah diberikan maklumat oleh Jabatan Alam Sekitar mengenai projek-projek HSK untuk menyuarakan bantahan rakyat.

Katanya, beliau berterima Kasih kepada Timbalan Menteri Besar Datuk Dr. Mohamed Fadzli Hassan yang mengesahkan bahawa maklumat yang beliau dedahkan itu benar cuma dari segi angka bilangan itu sahaja yang berbeza dari 54 menjadi 48.

“Mungkin jika saya ambil kelulusan itu bermula 1990 maka ia akan jauh lebih besar dari segi keluasan sepertimana YB ambil data kelulusan geran berpuluh ribu kepada rakyat sejak dari 34 tahun yang lalu.

“Mengenai dikatakan maklumat ini dikutip dari tepi jalan, jelas di sidang media saya yang memetik sumber dapatan ini dari senarai kelulusan EIA yang dikeluarkan oleh laman web Jabatan Alam Sekitar (JAS). Jika maklumat dari Jabatan Alam Sekitar pun dianggap maklumat tepi jalan maka saya merasakan beliau (Timbalan Menteri Besar) sudah tidak kompeten dalam menjalankan tugas.

“Semasa sidang media tersebut saya tidak menyatakan penerokaan haram sebaliknya saya membawa maksud ia berlaku dibawah restu Kerajaan Kelantan. Manipulasi mengenai istilah Projek Ladang Hutan, Projek Tanam Semula Getah Klon dikawasan HSK ini bukan sukar untuk difahami oleh Rakyat Gua Musang yang setiap hari berdepan dengan sibuknya lori balak yang mengeluarkan balak tersebut,” ujarnya.

Ketua Pembangkang DUN Kelantan itu berkata, semua orang tahu dan faham menanam semula pokok hutan perlu bagi penggerak projek tersebut menebang pokok-pokok dan tidak akan ada syarikat yang berminat mahu masuk ke hutan hanya untuk menanam dengan tidak menebang pokok sedia ada.

“Bila ditebang maka itulah ‘penerokaan’ yang saya maksudkan. Kenyataan yang saya sifatkan menghina rakyat Nenggiri dan Gua Musang,” tegasnya.

Utusan Online sebelum ini melaporkan, Barisan Nasional (BN) mendedahkan Kerajaan Kelantan telah meluluskan lebih 13,0200 hektar penerokaan tanah hutan baharu di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri sejak tahun 2022.

Timbalan Pengarah Pilihan Raya Kecil (PRK) BN DUN Nenggiri Mohd. Syahbuddin Hashim berkata, kelulusan penerokaan hutan itu atas pelbagai maksud seperti ladang hutan, pengkayaan hutan dan lombong melibatkan hutan Ulu Nenggiri dan Mukim Bertam.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN