Kemudahan tenaga di Ukraine diserang lagi

Kemudahan tenaga di Ukraine diserang lagi

PASUKAN Keselamatan Ukraine menggunakan lampu untuk memantau pergerakan dron dalam serangan udara Russia ke atas Kyiv, pada 31 Julai 2024.- AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KYIV: Russia menyerang infrastruktur tenaga di utara Ukraine dalam serangan peluru berpandu dan dron, menyebabkan kebakaran besar di negara itu.

Pegawai wilayah di timur laut Sumy, bersempadan dengan Russia, berkata serangan terhadap kemudahan itu menyebabkan gangguan bekalan elektrik kepada 72 penempatan melibatkan lebih 18,500 pengguna.

Pekerja tenaga bergegas membaiki kerosakan akibat serangan, kata pentadbiran wilayah dalam aplikasi pemesejan Telegram.

Menurut komander tentera udara Ukraine, pasukannya menembak jatuh tiga peluru balistik dan 25 daripada 26 dron yang dilancarkan dalam serangan terhadap sembilan wilayah di seluruh negara.

Kemudahan tenaga Ukraine diserang hampir setiap hari dalam tempoh enam bulan lalu, ketika perang berterusan selepas pencerobohan besar-besaran oleh Russia pada Februari 2022.

Ukraine membeli elektrik daripada jirannya di Kesatuan Eropah tetapi tidak mencukupi untuk menampung kekurangan tersebut.

Pemotongan bekalan elektrik kerap berlaku terutama semasa waktu punca di sebelah malam.

Sementara itu, sebuah kemudahan perindustrian di wilayah barat Ternopil turut diserang dalam pengeboman terbaru, di mana sebuah tangki bahan api terkena serangan, kata pegawai.

Media Ukraine menyiarkan rakaman asap hitam tebal di Ternopil dan pihak berkuasa wilayah menggesa orang ramai untuk kekal berada di dalam rumah.

Timbalan Ketua Pentadbiran Wilayah Ternopil, Viktor Ustenko berkata, lebih 90 anggota bomba terlibat dalam usaha memadamkan kebakaran tersebut.- REUTERS

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN