Kedah dakwa KPM beri ‘arahan politik’?

Kedah dakwa KPM beri ‘arahan politik’?

MUHAMMAD Sanusi Md. Nor ketika berucap dalam Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Sidang DUN Kedah, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Kerajaan Kedah berharap Kementerian Pendidikan (KPM) dan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) lebih terbuka untuk menjayakan program dianjurkan negeri bagi mengelakkan keciciran pelajar di negeri ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor berkata, pihaknya mempunyai rancangan besar untuk membantu kementerian dalam menangani isu keciciran pelajar.

“Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah melahirkan rasa kecewa terhadap Kementerian Pendidikan, Menteri Pendidikan dan Pengarah Pendidikan Kedah yang melaksanakan agenda politik kepartian Kerajaan Persekutuan pada hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya tidak pernah kecam mana-mana pegawai sebelum ini (tapi) hari ini (semalam)saya nak melahirkan kekecewaan di sini. Kalau nak main politik letak jawatan pegawai kerajaan dan jadi wakil rakyat, kita berbahas di dewan ini sebagai ahli politik.

“Jangan guna kuasa di kementerian, di jabatan untuk melaksanakan arahan politik kerana itu akan menghancurkan negara,” katanya pada ucapan penangguhan Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Sidang DUN Kedah di sini, semalam.

Beliau merujuk kepada jawapan lisan Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan negeri, Datuk Mohd. Azam Abd. Samat yang memaklumkan, Program Komitmen Kedah Mendidik Pelajar Sukses (KOMPas) dianjurkan kerajaan negeri tidak mendapat kerjasama JPN yang tidak membenarkan guru dan pelajar menyertainya.

Muhammad Sanusi berkata, kerajaan negeri sama sekali tidak pernah terdetik untuk berpolitik dalam sektor pendidikan melainkan hanya mahu memastikan semua pihak mendapat apa yang sepatutnya mereka berhak.

Katanya, KOMPas mendapat peruntukan kerajaan negeri RM100,000 setahun untuk membolehkan kajian dan langkah-langkah mengatasi pelajar yang berkemungkinan tercicir daripada sistem pendidikan sekolah dilakukan secara menyeluruh.

“Kita bagi kepada orang yang tepat untuk buat kajian dan kemukakan kajian itu bagi mengatasi masalah keciciran kerana kita nak menuju ke pelan The Greater Kedah dalam masa terdekat.

“Kita harap sikap demokrasi dan terbuka ini disambut oleh pihak sebelah sana dengan sikap yang sama.

“Jadi, saya harap pembentangan KOMPas oleh pensyarah UUM yang melibatkan para guru dan sekolah-sekolah ini dibenarkan oleh Kementerian Pendidikan,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini