BESUT: Minat mendalam bidang bakeri dan pastri mendorong seorang jurusolek menceburi perniagaan dinamakannya sebagai Dessert Jalanan sejak Julai tahun lalu. Nurul Najeerah Zainun Abidin, 29, berkata, bidang baharu itu diceburi selepas mengambil keputusan berehat sementara daripada kerjaya sebagai jurusolek atas faktor kesihatan. “Pada peringkat awal, saya belajar membuat pastri dan saya agihkan kepada rakan, ahli keluarga serta jiran terdekat. “Alhamdulillah, saya dapat maklum balas positif hasil air tangan saya itu…










