Johor mahu jadi hab pelancongan utama

Johor mahu jadi hab pelancongan utama

ONN HAFIZ Ghazi meletakkan tangan pada kiub sebagai gimik perasmian Festival Majestic Johor 2024 di Puteri Harbour, Iskandar Puteri.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISKANDAR PUTERI: Johor mahu menjadi hab pelancongan utama negara khususnya menjelang Tahun Melawat Johor 2026 yang menyasarkan kehadiran seramai 12 juta pelancong.

Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi yakin perkara itu dapat dicapai jika semua pihak termasuk agensi kerajaan, pemain industri serta masyarakat bekerjasama mempromosikan negeri ini.

“Johor terkenal dengan pelbagai tarikan, makanan sedap, tempat pelancongan, taman negara, gunung dan laut tetapi pelancongan kita belum nombor satu.

“Oleh itu, sasaran kita mahu jadikan Johor sebagai pusat pelancongan paling unggul dalam negara. Saya yakin boleh sebab Johor selalu mencapai tahap membanggakan seperti kemenangan (skuad Johor Darul Ta’zim ke atas Selangor) dalam final Piala FA dengan jaringan 6-1 baru-baru ini,” katanya semasa merasmikan Festival Majestic Johor 2024 di Puteri Harbour, di sini.

Yang turut hadir, Setiausaha Kerajaan Johor, Tan Sri Dr. Azmi Rohani; Datuk Bandar Majlis Bandaraya Iskandar Puteri, Datuk Mohd. Haffiz Ahmad dan Ketua Polis Johor, Komisioner M. Kumar.
Onn Hafiz berkata, Kerajaan Pusat dan negeri sudah melakukan pelbagai projek naik taraf melibatkan infrastruktur pelancongan di negeri ini, termasuk Zoo Johor.

Sementara itu, Pengarah Tourism Johor, Sharil Nizam Abdul Rahim memberitahu, Festival Majestic Johor 2024 merupakan edisi ketiga penganjurannya dengan menyasarkan kehadiran seramai 600,000 pengunjung.

“Antara tarikan utama festival ini adalah pameran eksklusif kenderaan klasik diraja, dengan ada yang berusia lebih 100 tahun. Selain itu, pertunjukan bunga api dan konsert sempena Malam Ambang Merdeka,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN