PONTIAN: Nelayan di Pengkalan Sungai Ayer Baloi, dekat sini diancam rempuhan gumpalan rumput hanyut dari hulu sungai sejak Khamis lalu. Gumpalan rumput tersebut bukan sahaja boleh merosakkan bot, malah tersangkut di bawah jambatan Sungai Ayer Baloi, sekali gus menghalang aliran sungai dan laluan nelayan. Pengerusi My Komuniti Perikanan (MyKP) Pangkalan Nelayan Ayer Baloi, Dawik Mohamad Ali berkata, walaupun nelayan membersihkan gumpalan rumput tetapi kumpulan itu masih banyak di bawah jambatan…










