Dua warga emas seludup petrol guna MPV dicekup

Dua warga emas seludup petrol guna MPV dicekup

TANGKI tambahan pada sebuah MPV yang diubaisuai untuk tujuan penyeludupan bahan api petrol ke negara jiran.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TUMPAT: Cubaan dua lelaki warga emas menyeludup 175 liter petrol menggunakan kenderaan pelbagai guna (MPV) Nissan Grand Livina gagal selepas kegiatan itu berjaya dipatahkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelatan hari ini.

Kedua-dua suspek berusia 50-an dan 70-an ditahan di hadapan sebuah rumah di Kampung Talak, di sini pada pukul 9.40 pagi.

Pengarahnya Azman Ismail berkata, bertindak atas maklumat risikan sepasukan anggota bertugas yang turut disertai Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 3, Pengkalan Kubor telah mengesan kenderaan tersebut dipandu dalam keadaan mencurigakan.

Menurutnya, sejurus ditahan anggota bertugas terus membuat pemeriksaan dan menjumpai 175 liter petrol.

“Pemeriksaan lanjut mendapati MPV itu mempunyai tangki tambahan yang dipercayai untuk tujuan penyeludupan.

“Siasatan awal mendapati suspek gagal mengemukakan sebarang dokumen berkait pemilikan minyak petrol yang dibawa dalam MPV itu,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Azman memberitahu, suspek turut mengaku bahan api itun akan diseludup ke negara jiran menggunakan pangkalan haram di sempadan.

Katanya, kes di siasat mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN