PETALING JAYA: Seorang pekerja sambilan pengiklanan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini semalam atas dua pertuduhan cubaan membunuh dan mencederakan dua wanita, awal bulan lalu. Mengikut pertuduhan, Mohammad Ferdaus Mashud, 46, didakwa cuba membunuh seorang jurujual telefon bimbit, Nurulain Azhar, 26, dan guru sekolah agama, Shaliza Talib, 52, dengan menggunakan objek tajam sehingga menyebabkan kecederaan dan boleh membawa kepada kematian. Perbuatan itu didakwa dilakukan pada pukul 1.30 tengah…