Bas bawa penumpang India jatuh sungai di Nepal

Bas bawa penumpang India jatuh sungai di Nepal

PASUKAN keselamatan berusaha menyelamatkan mangsa cedera selepas bas yang membawa penumpang India terjunam ke dalam sungai di daerah Tanahun, wilayah Gandaki, Nepal semalam.- AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KATHMANDU: Sekurang-kurangnya 27 maut dan 16 lagi cedera selepas bas yang membawa penumpang dari India jatuh ke dalam sungai di Nepal, semalam.

Nahas itu melibatkan kira-kira 40 penumpang yang dalam perjalanan ke ibu negara, Kathmandu dari Pokhara.

Operasi menyelamat giat dijalankan di lokasi kemalangan di tebing sungai Marsyangdi di daerah Tanahun, lapor BBC.

Setakat ini, punca kemalangan dan identiti mangsa masih belum disahkan.

“Bas yang mempunyai nombor plat UP FT 7623 terjunam ke dalam sungai. Kenderaan itu didaftarkan di negeri Uttar Pradesh di utara India,” lapor agensi berita ANI memetik pegawai kanan polis Tanahun, Deepkumar Raya.

Video dari lokasi kemalangan menunjukkan bangkai bas yang remuk terletak di dasar cerun berbukit, bersebelahan dengan sungai yang mengalir deras.

Sebuah helikopter tentera Nepal yang membawa pasukan perubatan dihantar ke lokasi kemalangan.

Laluan bas dari Pokhara ke Kathmandu sangat popular dalam kalangan pelancong India.

Kemalangan sering dilaporkan di Nepal disebabkan oleh faktor penyelenggaraan jalan dan keadaan kenderaan serta laluan sempit di kawasan pergunungan.

Julai lalu, puluhan hilang selepas tanah runtuh menghanyutkan dua bas penumpang ke dalam sungai Trishuli.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN